Wednesday, 1 April 2015
Tuesday, 31 March 2015
PERANAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
LANGKAH-LANGKAH
YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (PPKP) BAGI
MENANGANI MASALAH PENYAKIT BERJANGKIT KETIKA AKTIVITI YANG MELIBATKAN PERKUMPULAN
MANUSIA DI SESUATU TEMPAT.
MENGAWAL
MEREBAKNYA PENYAKIT BERJANGKIT
Kehendak
supaya memberitahu tentang penyakit berjangkit
10.(1) Tiap-tiap
penghuni dewasa mana-mana rumah tempat terdapatnya apa-apa penyakit berjangkit,
dan tiap-tiap orang yang menjaga, atau yang ada bersama dengan, dan tiap-tiap
orang yang bukan pengamal perubatan yang menyelenggarakan mana-mana orang
menghidap atau yang mati akibat penyakit berjangkit hendaklah, apabila dia tahu
tentang wujudnya penyakit itu,
memberitahu pegawai
penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai
polis yang paling hamper atau memberitahu ketua kampung yang paling hampir,
seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, tentang kewujudan penyakit itu.
(2) Tiap-tiap pengamal
perubatan yang merawat atau mendapat tahu tentang wujudnya apa-apa penyakit
berjangkit di mana-mana premis hendaklah memberikan notis tentang wujudnya
penyakit
berjangkit itu kepada Pegawai
Kesihatan yang paling hampir, seboleh-bolenya tanpa kelengahan, dalam borang
yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3) Orang yang menjaga
sesuatu rumah tumpangan hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan
daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hampir,
seboleh-bolehnya tanpa
kelengahan, jika dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana
orang dalam rumah tumpangan itu menghidap atau telah mati akibat penyakit berjangkit.
(4) Mana-mana pegawai
polis atau ketua kampung yang menerima pemberitahuan di bawah seksyen ini
hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan
kesihatan kerajaan yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan.
(5) Mana-mana orang
yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan. Pencegahan dan Pengawalan
17 Penyakit Berjangkit
(6) Apabila mana-mana
orang dipertuduh di bawah seksyen ini, dia hendaklah dianggap telah tahu
tentang kewujudan penyakit berjangkit itu atau telah mempunyai sebab untuk
percaya bahawa suatu penyakit berjangkit wujud, melainkan jika dia menunjukkan sehingga
Mahkamah di mana dia dipertuduh berpuas hati bahawa dia tidak tahu dan tidak
mungkin boleh tahu tentang penyakit berjangkit itu dengan usaha yang berpatutan
atau bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk percaya bahawa suatu penyakit
berjangkit wujud.
Pengisytiharan
kawasan tempatan jangkitan
11.(1) Jika Menteri
berpuas hati bahawa suatu penyakit berjangkit telah bermula di mana-mana
kawasan di Malaysia, atau bahawa mana-mana kawasan diancam oleh wabak apa-apa
penyakit
berjangkit, dia boleh,
melalui perintah dalam Warta, mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan
tempatan jangkitan.
(2) Menteri boleh,
melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menetapkan langkah-langkah
yang hendak diambil untuk mengawal atau mencegah merebaknya apa-apa penyakit berjangkit
di dalam atau dari sesuatu kawasan tempatan jangkitan.
(3) Selama berkuat
kuasanya sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), adalah sah di
sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai diberi kuasa mengarahkan supaya
mana-mana
orang atau golongan
atau kumpulan orang yang tinggal di dalam sesuatu kawasan tempatan jangkitan
atau di dalam mana-mana bahagian membenarkan dirinya atau diri mereka—
(a) dirawat atau
diimunisasi;
(b) diasingkan,
diperhatikan atau diawasi selama tempoh yang ditetapkan mengikut hal keadaan;
atau
(c) dikenakan apa-apa
langkah lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa untuk mengawal
penyakit itu.
(4) Adalah sah bagi
seseorang pegawai diberi kuasa menggunakan kekerasan, dengan bantuan atau tanpa
bantuan, yang perlu dan menggunakan apa-apa cara yang mencukupi untuk memastikan
bahawa apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) dipatuhi.
(5) Mana-mana orang
yang enggan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen(3)
melakukan suatu kesalahan.
Orang
yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang boleh merebakkan
penyakit berjangkit
12. (1) Tiada seorang
pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia menghidap sesuatu
penyakit berjangkit boleh mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan
melalui kehadiran atau kelakuannya di mana-mana tempat awam atau mana-mana tempat
lain yang digunakan bersama-sama oleh orang selain anggota keluarga atau
rumahnya sendiri.
(2) Tiada seorang pun
yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia menghidap mana-mana
penyakit berjangkit yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama boleh
melakukan
apa-apa perbuatan yang
dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya mungkin membawa kepada merebaknya
penyakit berjangkit itu.
(3) Mana-mana orang
yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
(4) Seksyen ini
tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang kehadirannya atau kelakuannya di
tempat yang disebut dalam subseksyen (1) adalah perlu bagi maksud mendapatkan
rawatan perubatan.
Pengawalan
barang tercemar dan binatang yang dijangkiti
13. (1) Tiada seorang
pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana barang telah
tercemar atau bahawa mana-mana binatang telah dijangkiti atau tercemar boleh
memberikan,
meminjamkan, menjual, menghantar, menggunakan atau mendedahkan barang atau
binatang itu tanpa pembasmian kuman terlebih dahulu.
(2) Mana-mana orang
yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
(3) Seksyen ini
tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang menghantar, dengan langkah berjaga-jaga
yang sepatutnya, apa-apa barang atau binatang supaya barang atau binatang itu
dibasmi kuman.
Pengasingan
orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki
14. Seseorang pegawai
diberi kuasa boleh menyebabkan supaya mana-mana orang yang dijangkiti atau yang
dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti oleh sesuatu penyakit
berjangkit dipindahkan ke suatu stesen kuarantin bagi rawatan dan boleh menahan
orang itu di stesen itu sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang
ramai.
Pemerhatian
atau pengawasan kontak
15. (1) Seseorang
pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani
pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya
patut, atau
menjalani pengawasan
sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
(2) Bagi maksud
subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang
perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi.
Perintah
bagi pemeriksaan mayat
16. Bilamana seseorang
pegawai diberi kuasa mengesyaki bahawa seseorang telah mati akibat suatu
penyakit berjangkit, dia boleh memerintahkan supaya mayat orang itu dibawa ke
sesuatu tempat yang ditetapkannya bagi apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu.
Pengurusan orang mati
17. (1) Jika—
(a) seseorang telah
mati atau disyaki telah mati akibat sesuatu penyakit berjangkit; dan
(b) seseorang pegawai
diberi kuasa telah memberikan arahan cara-cara mayat orang itu akan
dikebumikan atau dibakar, tiada seorang
pun boleh mengebumikan atau membakar mayat itu selain mengikut arahan
pegawai diberi kuasa itu.
(2) Mana-mana orang
yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Membasmi
kuman dan menutup premis
18. (1) Jika seseorang
pegawai diberi kuasa mempunyai sebab untuk percaya bahawa telah ada seseorang
yang menghidap penyakit berjangkit di mana-mana premis, atau bahawa di mana-mana
premis terdapat keadaan yang mungkin menyebabkan bermulanya atau merebaknya
apa-apa penyakit berjangkit, dia boleh melakukan mana-mana atau kesemua yang
berikut:
(a) memeriksa atau
menyebabkan diperiksa mana-mana orang yang berada di premis itu dengan tujuan
menentukan jika orang itu menghidap atau telah menghidap sesuatu penyakit
berjangkit;
(b) memeriksa premis
itu dan mana-mana barang atau binatang di premis itu dengan tujuan menentukan
jika ia tercemar atau dijangkiti, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(c) memerintahkan supaya
premis itu atau mana-mana bahagiannya dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi
tikus;
(d) memerintahkan supaya
premis itu atau mana-mana bahagiannya ditutup sehingga premis itu dibasmi
kuman, dibasmi serangga dan dibasmi tikus dengan sempurnanya;
(e) memerintahkan supaya
dibasmi kuman segala barang yang tercemar dan binatang yang dijangkiti atau
yang tercemar di premis itu, atau, jika barang atau binatang itu tidak berupaya
dibasmi kuman dengan sempurnanya, memerintahkan pemusnahannya; dan
(f) melakukan apa-apa
perbuatan lain bagi mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit
berjangkit.
(2) Seseorang pegawai
diberi kuasa boleh memasuki mana-mana premis pada bila-bila masa bagi maksud
menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (1).
Pemusnahan
struktur
19. (1) Seseorang
Pegawai Kesihatan boleh memerintahkan pemusnahan apa-apa struktur di mana suatu
kes penyakit berjangkit telah berlaku jika struktur itu tidak berupaya dibasmi
kuman dengan
sempurnanya.
(2) Pegawai Kesihatan
itu hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah tiap-tiap perintah di bawah
subseksyen (1)
Menjual
atau menyewakan bangunan yang tercemar
20. (1) Jika seseorang
pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa terdapat atau telah terdapat suatu kes
penyakit berjangkit di mana-mana bangunan dan bahawa adalah perlu berbuat
demikian, pegawai diberi kuasa itu boleh mengeluarkan perintah melarang mana-mana
orang menjual atau menyewakan bangunan sedemikian atau mana-mana bahagiannya
tanpa perakuan bertulis pegawai diberi kuasa yang memperakui bahawa bangunan
sedemikian, atau mana-mana bahagiannya, dan barang-barang di dalamnya—
(a) telah dibasmi kuman
sehingga pegawai diberi kuasa itu berpuas hati; atau
(b) tidak perlu dibasmi
kuman mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Mana-mana orang
yang melanggar apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.
(3) Bagi maksud seksyen
ini, “menyewakan” termasuklah membenarkan mana-mana orang masuk ke dalam sesuatu
rumah tumpangan sebagai penginap berbayar.
Kuasa
untuk memerintahkan kenderaan tertentu dibasmi kuman
21. Jika seseorang
pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa sesuatu kenderaan telah digunakan
untuk membawa seseorang yang menghidap penyakit berjangkit, pegawai diberi
kuasa itu boleh
menyebabkan kenderaan
itu dibasmi kuman.
Sunday, 29 March 2015
ARAHAN 20
1. Bilakah
Arahan ini diwujudkan?
Arahan ini mula diwujudkan pada
11 Mei 1997 oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM)
ekoran daripada tragedi keruntuhan Pangsapuri Highland Towers di Hulu Klang,
Selangor pada 11 Disember 1993. Bagi memperkemas dan memperluaskan skop
pengurusan Bencana yang semakin rumit dan kompleks, Arahan ini telah disemak
semula pada 30 Mac 2012 bagi menerangkan peranan pihak-pihak yang berkaitan
supaya ianya lebih menyeluruh dan bersepadu.
2. Apakah tujuan Arahan diwujudkan?
Arahan ini disediakan bertujuan
untuk menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana secara menyeluruh
termasuk peranan dan tanggungjawab Agensi Kerajaan, badan berkanun, pihak
swasta dan badan-badan sukarela meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas
berlaku sesuatu bencana supaya pengemblengan sumber dapat disepadukan bagi
mengelakkan pembaziran, konflik serta pertindihan peranan.
3. Mengapa skop dasar dan mekanisme Arahan ini
hanya bertumpu kepada pengurusan bencana di darat?
Penumpuan ini adalah kerana
kekerapan tinggi kejadian bencana di darat dan penyelarasan tindakbalas
agensi-agensi pengurusan bencana di darat adalah penting. Walau bagaimanapun
Arahan ini juga telah memperjelaskan peranan dan tanggungjawab Agensi Peneraju
bagi kejadian bencana maritim dan udara. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) telah dipertanggungjawabkan bagi mengurus kejadian bencana di laut
manakala Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengendalikan bencana udara dengan
kedua-duanya menggunakan Manual Mencari dan Menyelamat (SAR) Kebangsaan Jilid
IV sebagai rujukan.
4. Jenis kejadian bencana apakah yang termasuk
di bawah Arahan ini?
Terdapat 11 jenis bencana yang
akan diurus di bawah Arahan ini iaitu
a. bencana alam
(banjir, ribut/taufan, gempa bumi, tsunami, ombak besar, kemarau dan tanah
runtuh);
b. bencana
industri (letupan, kebakaran, pencemaran, kebocoran bahan berbahaya di
kilang/loji/depot yang memproses, mengeluar dan menyimpan bahan ini);
c. kemalangan
melibatkan pengangkutan/penyaluran/pemindahan bahan berbahaya);
d. keruntuhan
bangunan/struktur khas;
e. kemalangan
udara (yang berlaku di kawasan berpendudukan tinggi);
f.
pelanggaran/gelinciran keretapi/lain-lain sistem pengangkutan rel yang
melibatkan jumlah mangsa/kemusnahan harta benda yang besar;
g.
kebakaran (melibatkan kawasan yang luas termasuklah kebakaran bangunan
tinggi/struktur khas yang mempunyai ramai orang);
h.
empangan/takungan air pecah;
i.
kemalangan kimia, biologi, radiologi dan nuklear;
j.
kejadian jerebu;
k.
penularan wabak penyakit berjangkit yang tidak terkawal/pandemik; dan
l.
lain-lain kejadian Bencana yang akan diisytihar/ditetapkan Kerajaan.
Kejadian yang tidak
tersenarai di atas akan ditakrifkan sebagai Kejadian Bukan Bencana dan tidak
tertakluk di bawah Arahan ini.
5. Bagaimana Arahan ini membantu pengurusan
bencana?
Arahan ini
menerangkan mekanisme pengurusan bencana mengikut tiga (3) tahap iaitu Tahap I
(peringkat Daerah), Tahap II (peringkat Negeri) dan Tahap III (peringkat Pusat)
Penerangan setiap tahap ini adalah
seperti berikut:
Tahap I
|
Tahap II
|
Tahap III
|
|
Peringkat Bencana
|
Daerah
|
Negeri
|
Pusat
|
Nama Jawatankuasa Pengurusan
Bencana
|
Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Daerah (JPBD)
|
Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Negeri (JPBN)
|
Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Pusat (JPBP)
|
Jenis Bencana
|
Kejadian kecil, setempat, terkawal
dan tiada potensi untuk merebak
|
Kejadian serius dan merebak ke dua
(2) daerah dan lebih
|
Bencana lebih kompleks di dua (2)
buah negeri dan lebih serta mengambil masa lama
|
Sumber
|
Dapat dilaksana menggunakan sumber
setempat
|
Bantuan aset, kewangan dan sumber
di peringkat Negeri serta bantuan yang terhad dari peringkat Pusat
|
Penggemblingan aset, kewangan dan
sumber yang lebih besar atau melalui bantuan dari luar negara
|
Pengerusi Jawatankuasa
|
Pegawai Daerah
|
YB Setiausaha Kerajaan Negeri
|
YB Menteri yang dilantik oleh YAB
Perdana Menteri
|
Komander Operasi Bencana
|
Ketua Polis Daerah
|
Ketua Polis Negeri
|
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri
dan Ketenteraman Awam, PDRM
|
Timbalan Komander Operasi Bencana
|
Pegawai Bomba Daerah
|
Pengarah Bomba dan Penyelamat
Negeri
|
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
JBPM
|
Komander Kawalan Hadapan
|
Dilantik oleh Komander Operasi
Bencana mengikut kepakaran dalam menasihat tindakan mengikut jenis bencana
|
6. Bagaimana perintah dan kawalan dilaksana?
Bagi tujuan
perintah dan kawalan, kawasan bencana akan dibahagikan kepada tiga (3) zon
iaitu:
a.
Zon Merah
Zon ini meliputi
suatu kawasan yang ditetapkan oleh Komander Operasi Bencana bagi menjalankan
operasi mencari dan menyelamat oleh Agensi Penyelamat dan pasukan-pasukan khas
yang mempunyai kepakaran tertentu sahaja. Kebenaran masuk ke dalam zon ini
perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Komander Operasi Bencana
dengan nasihat Komander Kawalan Hadapan.
b.
Zon Kuning
Zon ini adalah
kawasan di luar tempat kejadian yang ditetapkan oleh Komander Operasi Bencana
untuk menempatkan pos-pos Agensi Penyelamat dan pasukan-pasukan khas yang mempunyai
kepakaran tertentu. Penempatan pos-pos dan akses masuk ke zon ini perlu
terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Komander Operasi Bencana.
c.
Zon Hijau
Zon ini adalah
kawasan di luar Zon Kuning yang menempatkan pos-pos dan petugas-petugas Agensi
Bantuan dan Pemulihan serta badan-badan sukarela. Zon ini juga menempatkan
Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga Mangsa, Pusat Kaunseling, Tempat Bekalan
Makanan, Tempat Rehat dan Tempat Mayat. Lain-lain fungsi zon ini akan diputuskan
oleh Komander Operasi Bencana.
CONTOH KAWASAN |
7. Bagaimana
operasi mencari dan menyelamat diselaras?
Bagi melicinkan
tugas, Komander Operasi Bencana akan melantik Komander Kawalan Hadapan (Forward
Commander) untuk mengetuai semua operasi mencari dan menyelamat di tempat
kejadian. Komander Kawalan Hadapan ini hendaklah terdiri daripada mana-mana
Komander pasukan Agensi Penyelamat. Tugas Komander Kawalan Hadapan adalah untuk
menilai dan melaporkan situasi Bencana kepada Komander Operasi Bencana.
8. Adakah Arahan ini akan mengehadkan pihak
media untuk menjalankan tugas?
Pihak media masih
dibenarkan untuk mendapatkan maklumat dan berita berkenaan kejadian bencana.
Satu kawasan yang dikenali sebagai Pusat Pengurusan Media yang diwujudkan di
Zon Hijau. Pusat yang diselaras oleh Jabatan Penerangan ini akan memudahkan
pihak media untuk mendapatkan maklumat melalui sesi sidang media yang akan
disampaikan oleh Pegawai yang berkelayakan. Prosedur ini diwujudkan supaya
hanya fakta penting disampaikan kepada orang awam bagi mengelak berlakunya
kekeliruan yang tidak diingini.
9. Bagaimanakah prosedur jika terdapat
pihak-pihak merancang untuk memohon atau menghantar bantuan kemanusiaan
terutama sekali dari/ke luar negara?
Mana-mana pihak
yang merancang untuk memohon bantuan kemanusiaan dari luar negara atau
menghantar bantuan kemanusiaan ke luar negara hendaklah terlebih dahulu merujuk
kepada MKN. Berdasarkan Arahan ini, MKN sebagai Agensi Peneraju Utama
pengurusan bencana Negara bertanggungjawab untuk menyelaras pelaksanaan bantuan
kemanusiaan supaya pelaksanaannya selari dengan keputusan dasar Kerajaan serta
instrumen antarabangsa seperti perjanjian, memorandum persefahaman, deklarasi
dan sebagainya yang telah dimetrai Kerajaan dengan pihak antarabangsa.
10. Apakah peranan yang boleh dimainkan Agensi
Kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan sukarela dalam mencapai
matlamat pengurusan bencana secara berkesan?
Setiap pihak boleh
bekerjasama untuk melaksanakan setiap perkara yang telah digariskan di dalam
Arahan ini. Kerjasama yang boleh dijalinkan adalah seperti membantu
melaksanakan program-program kesedaran dan kependidikan awan berkaitan
pengurusan bencana, membantu menyalurkan bantuan dari segi penggunaan logistik
pada waktu yang diperlukan, menyalurkan sumbangan kewangan kepada Kumpulan Wang
Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) serta menggembleng tenaga dalam
usaha-usaha pengurangan risiko bencana.
RUJUKAN : ARAHAN 20
Wednesday, 11 February 2015
SEXUALLY TRANSMITTED DISEASE (STD)
STDs
What are sexually
transmitted infections and how are they transmitted?
STIs
are caused by more than 30 different bacteria, viruses and parasites and are
spread predominantly by sexual contact, including vaginal, anal and oral sex.
Some
STIs may be spread via skin-to-skin sexual contact. The organisms causing STIs
can also be spread through non-sexual means such as blood products and tissue
transfer. Many STIs including chlamydia, gonorrhoea, hepatitis B, HIV, HPV,
HSV2 and syphilis can also be transmitted from mother to child during pregnancy
and childbirth.
A
person can have an STI without having obvious symptoms of disease. Therefore,
the term “sexually transmitted infection” is a broader term than “sexually
transmitted disease” (STD). Common symptoms of STDs include vaginal discharge,
urethral discharge in men, genital ulcers, and abdominal pain.
Eight
of the more than 30 pathogens known to be transmitted through sexual contact
have been linked to the greatest incidence of illness. Of these 8 infections, 4
are currently curable: syphilis, gonorrhoea, chlamydia and trichomoniasis. The
other four are viral infections and are incurable, but can be mitigated or
modulated through treatment: hepatitis B, herpes, HIV, and HPV.
STIs
can have serious consequences beyond the immediate impact of the infection
itself.
- Some STIs
can increase the risk of HIV acquisition three-fold or more.
- Mother-to-child
transmission of STIs can result in stillbirth, neonatal death,
low-birth-weight and prematurity, sepsis, pneumonia, neonatal
conjunctivitis, and congenital deformities. Syphilis in pregnancy leads to
approximately 305 000 fetal and neonatal deaths every year and leaves 215
000 infants at increased risk of dying from prematurity, low-birth-weight
or congenital disease.
- HPV
infection causes 530 000 cases of cervical cancer and 275 000 cervical
cancer deaths each year.
- STIs such
as gonorrhoea and chlamydia are major causes of pelvic inflammatory
disease, adverse pregnancy outcomes and infertility.
Prevention of STIs
a)Counselling and
behavioural approaches
Counselling
and behavioural interventions offer primary prevention against STIs (including HIV),
as well as against unintended pregnancies. These include:
v comprehensive sexuality education, STI and HIV pre-
and post-test counselling;
v safer sex/risk-reduction counselling, condom
promotion; and
v interventions targeted at key and vulnerable
populations, such as adolescents, sex workers, men who have sex with men and
people who inject drugs.
In
addition, counselling can improve people’s ability to recognize the symptoms of
STIs and increase the likelihood they will seek care or encourage a sexual partner
to do so. Unfortunately, lack of public awareness, lack of training of health
workers, and long-standing, widespread stigma around STIs remain barriers to
greater and more effective use of these interventions.
b)Barrier methods
When used correctly and
consistently, condoms offer one of the most effective methods of protection
against STIs, including HIV. Female condoms are effective and safe, but are not
used as widely by national programmes as male condoms.
Diagnosis of STIs
Accurate
diagnostic tests for STIs are widely used in high-income countries. These are
especially useful for the diagnosis of asymptomatic infections. However, in
low- and middle-income countries, diagnostic tests are largely unavailable.
Where testing is available, it is often expensive and geographically
inaccessible; and patients often need to wait a long time (or need to return)
to receive results. As a result, follow up can be impeded and care or treatment
can be incomplete.
The
only inexpensive, rapid blood test currently available for an STI is for
syphilis. This test is already in use in some resource-limited settings. The
test is accurate, can provide results in 15 to 20 minutes, and is easy to use
with minimal training. Rapid syphilis tests have been shown to increase the number
of pregnant women tested for syphilis. However, increased efforts are still
needed in most low- and middle-income countries to ensure that all pregnant
women receive a syphilis test.
Several
rapid tests for other STIs are under development and have the potential to
improve STI diagnosis and treatment, especially in resource-limited settings.
Treatment
of STIs
Effective
treatment is currently available for several STIs.
v Three bacterial STIs (chlamydia, gonorrhoea and
syphilis) and one parasitic STI (trichomoniasis) are generally curable with
existing, effective single-dose regimens of antibiotics.
v For herpes and HIV, the most effective medications
available are antivirals that can modulate the course of the disease, though
they cannot cure the disease.
v For hepatitis B, immune system modulators
(interferon) and antiviral medications can help to fight the virus and slow
damage to the liver.
Resistance
of STIs—in particular gonorrhoea—to antibiotics has increased rapidly in recent
years and has reduced treatment options. The emergence of decreased
susceptibility of gonorrhoea to the “last line” treatment option (oral and
injectable cephalosporins) together with antimicrobial resistance already shown
to penicillins, sulphonamides, tetracyclines, quinolones and macrolides make
gonorrhoea a multidrug-resistant organism. Antimicrobial resistance for other
STIs, though less common, also exists, making prevention and prompt treatment
critical.
REFERENCE : STD
SYMPTOMS |
Subscribe to:
Posts (Atom)