Tuesday 31 March 2015

PERANAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (PPKP) BAGI MENANGANI MASALAH PENYAKIT BERJANGKIT KETIKA AKTIVITI YANG MELIBATKAN PERKUMPULAN MANUSIA DI SESUATU TEMPAT.

MENGAWAL MEREBAKNYA PENYAKIT BERJANGKIT

Kehendak supaya memberitahu tentang penyakit berjangkit

10.(1) Tiap-tiap penghuni dewasa mana-mana rumah tempat terdapatnya apa-apa penyakit berjangkit, dan tiap-tiap orang yang menjaga, atau yang ada bersama dengan, dan tiap-tiap orang yang bukan pengamal perubatan yang menyelenggarakan mana-mana orang menghidap atau yang mati akibat penyakit berjangkit hendaklah, apabila dia tahu tentang wujudnya penyakit itu,
memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hamper atau memberitahu ketua kampung yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, tentang kewujudan penyakit itu.

(2) Tiap-tiap pengamal perubatan yang merawat atau mendapat tahu tentang wujudnya apa-apa penyakit berjangkit di mana-mana premis hendaklah memberikan notis tentang wujudnya penyakit
berjangkit itu kepada Pegawai Kesihatan yang paling hampir, seboleh-bolenya tanpa kelengahan, dalam borang yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(3) Orang yang menjaga sesuatu rumah tumpangan hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan atau balai polis yang paling hampir,
seboleh-bolehnya tanpa kelengahan, jika dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana orang dalam rumah tumpangan itu menghidap atau telah mati akibat penyakit berjangkit.

(4) Mana-mana pegawai polis atau ketua kampung yang menerima pemberitahuan di bawah seksyen ini hendaklah memberitahu pegawai penjaga pejabat kesihatan daerah atau kemudahan kesihatan kerajaan yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan.

(5) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan. Pencegahan dan Pengawalan 17 Penyakit Berjangkit

(6) Apabila mana-mana orang dipertuduh di bawah seksyen ini, dia hendaklah dianggap telah tahu tentang kewujudan penyakit berjangkit itu atau telah mempunyai sebab untuk percaya bahawa suatu penyakit berjangkit wujud, melainkan jika dia menunjukkan sehingga Mahkamah di mana dia dipertuduh berpuas hati bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin boleh tahu tentang penyakit berjangkit itu dengan usaha yang berpatutan atau bahawa dia tidak mempunyai sebab untuk percaya bahawa suatu penyakit berjangkit wujud.


Pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan

11.(1) Jika Menteri berpuas hati bahawa suatu penyakit berjangkit telah bermula di mana-mana kawasan di Malaysia, atau bahawa mana-mana kawasan diancam oleh wabak apa-apa penyakit
berjangkit, dia boleh, melalui perintah dalam Warta, mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan tempatan jangkitan.

(2) Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, menetapkan langkah-langkah yang hendak diambil untuk mengawal atau mencegah merebaknya apa-apa penyakit berjangkit di dalam atau dari sesuatu kawasan tempatan jangkitan.

(3) Selama berkuat kuasanya sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), adalah sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai diberi kuasa mengarahkan supaya mana-mana
orang atau golongan atau kumpulan orang yang tinggal di dalam sesuatu kawasan tempatan jangkitan atau di dalam mana-mana bahagian membenarkan dirinya atau diri mereka—
(a) dirawat atau diimunisasi;
(b) diasingkan, diperhatikan atau diawasi selama tempoh yang ditetapkan mengikut hal keadaan; atau
(c) dikenakan apa-apa langkah lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa               untuk mengawal penyakit itu.

(4) Adalah sah bagi seseorang pegawai diberi kuasa menggunakan kekerasan, dengan bantuan atau tanpa bantuan, yang perlu dan menggunakan apa-apa cara yang mencukupi untuk memastikan bahawa apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) dipatuhi.

(5) Mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen(3) melakukan suatu kesalahan.


Orang yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang boleh merebakkan penyakit berjangkit

12. (1) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia menghidap sesuatu penyakit berjangkit boleh mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan melalui kehadiran atau kelakuannya di mana-mana tempat awam atau mana-mana tempat lain yang digunakan bersama-sama oleh orang selain anggota keluarga atau rumahnya sendiri.

(2) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia menghidap mana-mana penyakit berjangkit yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Pertama boleh melakukan
apa-apa perbuatan yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya mungkin membawa kepada merebaknya penyakit berjangkit itu.

(3) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

(4) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang kehadirannya atau kelakuannya di tempat yang disebut dalam subseksyen (1) adalah perlu bagi maksud mendapatkan rawatan perubatan.


Pengawalan barang tercemar dan binatang yang dijangkiti

13. (1) Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa mana-mana barang telah tercemar atau bahawa mana-mana binatang telah dijangkiti atau tercemar boleh
memberikan, meminjamkan, menjual, menghantar, menggunakan atau mendedahkan barang atau binatang itu tanpa pembasmian kuman terlebih dahulu.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

(3) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang menghantar, dengan langkah berjaga-jaga yang sepatutnya, apa-apa barang atau binatang supaya barang atau binatang itu dibasmi kuman.


Pengasingan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki

14. Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menyebabkan supaya mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti oleh sesuatu penyakit berjangkit dipindahkan ke suatu stesen kuarantin bagi rawatan dan boleh menahan orang itu di stesen itu sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.


Pemerhatian atau pengawasan kontak

15. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau
menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi.


Perintah bagi pemeriksaan mayat

16. Bilamana seseorang pegawai diberi kuasa mengesyaki bahawa seseorang telah mati akibat suatu penyakit berjangkit, dia boleh memerintahkan supaya mayat orang itu dibawa ke sesuatu tempat yang ditetapkannya bagi apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu.


Pengurusan orang mati  

17. (1) Jika—
(a) seseorang telah mati atau disyaki telah mati akibat sesuatu penyakit berjangkit; dan

(b) seseorang pegawai diberi kuasa telah memberikan arahan cara-cara mayat orang itu akan
dikebumikan atau dibakar, tiada seorang pun boleh mengebumikan atau membakar mayat                 itu selain mengikut arahan pegawai diberi kuasa itu.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.


Membasmi kuman dan menutup premis

18. (1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab untuk percaya bahawa telah ada seseorang yang menghidap penyakit berjangkit di mana-mana premis, atau bahawa di mana-mana premis terdapat keadaan yang mungkin menyebabkan bermulanya atau merebaknya apa-apa penyakit berjangkit, dia boleh melakukan mana-mana atau kesemua yang berikut:

(a) memeriksa atau menyebabkan diperiksa mana-mana orang yang berada di premis itu dengan tujuan menentukan jika orang itu menghidap atau telah menghidap sesuatu penyakit berjangkit;
(b) memeriksa premis itu dan mana-mana barang atau binatang di premis itu dengan tujuan menentukan jika ia tercemar atau dijangkiti, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(c) memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus;
(d) memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya ditutup sehingga premis itu dibasmi kuman, dibasmi serangga dan dibasmi tikus dengan sempurnanya;
(e) memerintahkan supaya dibasmi kuman segala barang yang tercemar dan binatang yang dijangkiti atau yang tercemar di premis itu, atau, jika barang atau binatang itu tidak berupaya dibasmi kuman dengan sempurnanya, memerintahkan pemusnahannya; dan
(f) melakukan apa-apa perbuatan lain bagi mencegah bermulanya atau merebaknya sesuatu penyakit berjangkit.

(2) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memasuki mana-mana premis pada bila-bila masa bagi maksud menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (1).


Pemusnahan struktur

19. (1) Seseorang Pegawai Kesihatan boleh memerintahkan pemusnahan apa-apa struktur di mana suatu kes penyakit berjangkit telah berlaku jika struktur itu tidak berupaya dibasmi kuman dengan
sempurnanya.

(2) Pegawai Kesihatan itu hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah tiap-tiap perintah di bawah subseksyen (1)


Menjual atau menyewakan bangunan yang tercemar

20. (1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa terdapat atau telah terdapat suatu kes penyakit berjangkit di mana-mana bangunan dan bahawa adalah perlu berbuat demikian, pegawai diberi kuasa itu boleh mengeluarkan perintah melarang mana-mana orang menjual atau menyewakan bangunan sedemikian atau mana-mana bahagiannya tanpa perakuan bertulis pegawai diberi kuasa yang memperakui bahawa bangunan sedemikian, atau mana-mana bahagiannya, dan barang-barang di dalamnya—

(a) telah dibasmi kuman sehingga pegawai diberi kuasa itu berpuas hati; atau
(b) tidak perlu dibasmi kuman mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Mana-mana orang yang melanggar apa-apa perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

(3) Bagi maksud seksyen ini, “menyewakan” termasuklah membenarkan mana-mana orang masuk ke dalam sesuatu rumah tumpangan sebagai penginap berbayar.


Kuasa untuk memerintahkan kenderaan tertentu dibasmi kuman

21. Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa sesuatu kenderaan telah digunakan untuk membawa seseorang yang menghidap penyakit berjangkit, pegawai diberi kuasa itu boleh
menyebabkan kenderaan itu dibasmi kuman.



No comments:

Post a Comment